Seorang lelaki warga Thailand dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis pada Selasa selepas dipercayai terlibat sindiket penyeludupan migran serta penemuan kem dan kubur Wang Kelian pada 2015.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan pasukan ATIPSOM bahagian D3 Bukit Aman pada 8 Mac lalu di Johor Bahru.